Pages

Tuesday, June 15, 2010

PHIMOSIS

Dah beberapa hari aku tak update blog ni.. sibuk dgn permasalahan anak aku dani. mggu lps dani tak sihat. bila balik dr nursery die kata sakit bila nak kencing..die nangis2 bila kencing. aku mmg takut sbb anak aku punya 'tontoi' tu beza skit dr bdk lain..die jenis yg tertutup nga kulit.

keesokanya kitaorg bwk pegi klinik, then doktor ckp mmg ader skit terkoyak dkt lubang yg kluar air kencing tu.die panggil 'phimosis'. benda ni terjadi bila bdk2 suka tahan kencing. ni aku citer skit...bila air kencing banyak means dh penuh, lubang yg ada kecil, then disitu die akan ade presure..menyebabkan lubang kencing pada tontoi die tu sedikit terkoyak. bila mcm tu die akan rs sakit, pedih untuk kencing dan die akan tahan lg kencing. sampaikan anak aku ni terkencing 4/5 kali dlm ms 1 jam. pnh 1 hari tu die terkencing skit2 sampai 8 kali shari. abis smua sluar pendeknya. kdg2 geram jgk..tp bila pk balik kesian pn ada.

kalo waktu siang hari..die kencing ok jer. sbb Dr mmg ckp kita kena kerap bwk die pi kencing. cm bila mlm tido pai 12 jam, bgn pgnya air kencing dh banyak..tu yg jd sakit bila nk kencing. aku pn pening mikirkan masalah ni. kalo ikutkan mak aku & kwn2 die srh sunatkan jer. tp smlm aku & my hubby dh pegi jumpa doktor pakar, so mmg die kata lubang kencing anak ku tu kecik jer. tp die msh tak suggest lg la utk disunatkan. die nak tgk dl dlm ms 6 bln. lgpn kesian kat bdk katanya.

die cuma ajar spya anak kau kerap kencing dan basuh dgn cuci bila lps kencing. itu jer la petuanya.. aku mmg rasa seram jgk la bl doktor citer bab sunat ni. katanya anak aku kecik lg, tk ble guna teknik smart clamp. so kena buat pembedahan biasa cara lama, jahit la..owhhh seram sejuk aku rs. dh la kena puasa, kena dok spital 3 hari plak tu..mcm2 la. bila aku pk balik kesian btl kalo die kena lalui smua tu. blum pn msk umo 3 thn dh kena sunat. cuma skrg ni aku kena lbh berhati-hati dan jaga btl2 la spy benda ni tak berulang lg.


Dr tgk check 'tontoi' abg..pandai tk nangis pn



Thursday, June 10, 2010

Tolong! Anak saya mempunyai IMPETIGO

Hari ni di ruang majalah mami & baby aku terbaca satu info yang menarik perhatianku pasal IMPETIGO. rupanya penyakit ini la yang telah mengjangkiti anak ku aleena 2 bln lps. aleena terkena penyakit ni dekat bahagian ketiak. penuh satu ketiak belah kiri, the sedikit belah kanan. mulanya aku tgk ader sebiji jer, keesokannya tgk dua biji. ingat ke biji gatal biasa jer @ akibat peluh. msk hari ketiga dh penuh satu ketiak dan biji tu dah pecah jd mcm melecur (agak bsr jgklah). terus aku bw jumpa Doktor. mmg Dr bgtau penyakit ni mmg biasa berjangkit pada bb @ kanak2. dipanggil jangkitan bakteria. ms tu tak pula die bg nama penyakitnya. so..skrg br aku tau rupanya anakku telah dijangkiti IMPETIGO. aku mmg ader ambik gmbr aleena ms die kena jangkitan tu..tp aku dh delete rupanya gambar tu. puas aku cr. kalo tak ble share nga kwn2 smua.

Impetigo nampak seperti membahayakan tetapi ia tidak seperti yang disangkakan dan boleh dirawat dengan mudah.

Mempunyai sebarang kompilikasi?

Amatlah jarang untuk impetigo menyebabkan masalah lain selain dari ruam yang gatal untuk beberapa hari. anda harus lebih berjaga-jaga jika bayi anda mempunyai ekzema. wlaubagaimanapun, apabila kulit telah dijangkiti, amatlah mudah bagi bayi untuk dijangkiti dengan jangkitan lain. bagi bayi, impetigo mungkin kelihatan dibahagian belakang sahaja. jika ruam lampin yang menyebabkan masalah tetapi rawatan adalah tetap sama.

Impetigo ialah jangkitan kulit biasa yg disebabkan oleh bakteria stafilokokal atau streptokokal. walaupun bunyinya agak menakutkan sebenarnya bakteria ini biasanya mendiami di atas kulit manusia ataupun didalam hidung tanpa menyebabkan sebarang masalah. impetigo terjadi jika bakteria ini menjangkiti kulit.

Bagaimana rupanya?

ia seperti lecuran yang kecil dan mempunyai gelembung cecair jernih. selalunya dibahagian muka atau sekitar hidung tetapi ia juga boleh berada diseluruh badan. apabila ia pecah, ia akan meninggalkan kesan kerak yang kekuningan pada kulit. Ia seakan-akan bayi anda terlekat bertih jagung dimukanya. kulit di bawah permukaannya mungkin akan kelihatan merah terbakar. Walaupun tompok-tompok itu kecil, tetapi kawasan sekitarnya juga boleh dijangkii. Simptom-simpton selalunya akan kelihatan empat ke sepuluh hari selepas jangkitan.

Bagaimana untuk menghindarinya dari merebak?

pertama sekali, pastikan bayi anda tidak menggaru keruping itu kerana kawasan kulit tersebut mungkin akan luka atau menyebabkan kawasan yang dijangkiti merebak. kurangkan risiko jangkitan dari kesemua ahli keluarga dengan memastikan bayi anda hanya menggunakan flanel, tuala dan cadarnya sendiri sahaja. dan basuhlah alat permainannya dengan air panas. jika dia suka memeluk patung beruangnya, maka ia juga perlu direndam sehingga mendidih kerana ia mungkin mempunyai bakteria yang boleh merebak. ini kerana impetigo berjangkit. anda dinasihatkan untuk menjauhkan bayi anda dari pusat jagaannya sehingga 48 jam selepas rawatan antibiotik.

Bagaimana untuk merawatnya?

Sangat penting untuk membawa bayi anda berjumpa pakar pediatrik untuk pemeriksaan yang menyeluruh. jika perlu, bayi anda akan diberikan krim antibiotik. jika ruam tersebut merebak ke beberapa tempat lain, mungkin dia memerlukan tablet. untuk menyapu krim, basuh dan keringkan kawasan yang dijangkiti dan juga basuh tangan anda. keringkan dengan berhati-hati dan lembut. juga pastikan anda membasuh tangan anda dengan air panas yang bersabun selepas selesai. anda tidak perlu memakai sarung tangan getah kerana ia mungkin menakutkan si manja anda. asalkan anda membasuh tangan anda selepas selesai menyapu krim tersebut, tiada apa yang perlu dirisaukan. jangkitan tersebut akan pulih dalam masa tujuh ke sepuluh hari.

Sumber : mami & baby

Wednesday, June 9, 2010

Susu kebanggaanku...

Alhamdulillah..hari ni aku dapat mengumpulkan susu perahanku sebanyak 9oz utk 2 session. session yg 1 pd pukul 11 pg mendapat 5oz dan yg ke 2 pd pukul 3 ptg mdpt 4oz. nmpaknya susu perahan ku telah menigkat..btl apa kata ibu2 lain, 'susu akan meningkat mengikut keperluan bb'. tidak sia2 aku mentelaah setiap permasalahan susu ibu di web Susuibu.com dan juga drpd kwn2 ku.

walaupn aku tdk mampu menyusu scra ekslusif kpd aleena, ttpi aku ttp berbangga dgn keadaan skrg..aku hanya menggunakan susu formula hanya sebanyak 2 botol shja sehari dan yang selebihnya dengan susu aku (yakni susu ibu yg pnh dgn segala khasiat). wlaupn susu aku tdk semriah ibu2 lain..

Utk pengetahuan, aku adalah seorang ibu yang menyokong sepenuhnya pemberian susu ibu scra ekslusif (full breastfeeding) kepada baby tersayang. insyallah aku akan cb memberi susu kpd anakku scra ekslusif apabila mendapat anak yg ke3 nati..ermmm bila tu??..mayb 2 thn akan datang. sbb aku seboleh mungkin akan cb memberi yg terbaik (menyusu) utk aleena sehingga umurnya 2 thn. then br ble fikir nk bg adik ke tak dkt aleena & dani...hehhehe.

Semoga semangat ku tidak berkubur begitu shja. Time kasih utk suami terchenta kerana menyokong aku spnhnya & tdk lupa pd kwn2 yg sentiasa membantu ku dikala aku kebingungan menyelesaikan mslh susuku.

Ini la hasilnya


pump yg aku gunakan setiap hari... pasni nak beli yg double pumping plak..mesti susu lg meriah..hehehhe

Berita gembira

Brita ni sggh mengembirakan aku..coz my pricess dh nak minum susu guna botol, tdk lg guna syringe ubat. alhamdulillah,syukur.. tidak sia2 doa aku stiap hari. aku seakan tk percaya bila pengasuh aleena bgtau aleena dh minum susu 4oz dan dh pandai guna botol. kalo sblm ni aleena hanya minum 3oz shgga umurnya 8 bln. aku pnh jgk terbaca dlm forum Susuibu.com yang bb die mcm aleena la..bila msk umur 4 bln tak nak gn botol then bila bb die msk umur 8 bln br nk minum guna botol balik..tak sngka benda ni pn terjadi pd aku. aku bknnya apa, takut menyusahkan pengasuh aleena jer..nasib baik la dieorg ni penyabar..TQ humairah, milah & erda coz jg anak2 akak dgn baik skali. kt bwh ni ader gambar yg diambil oleh milah smsa aleena tgh minum susu..layannnnnnnnnnn

Aleena dgn botol susu Tommie Tippie nya

semangat sggh minum susu..bgs anak mama nii

mesti pelik asik dok tgk kakak milah snap pic die jer..smpai meleleh susu tu

yummy..yummy..

Tuesday, June 8, 2010

grab this item..huhuhu

weekend ari tu pi jalan2 kat suria. sbnrnya aku teringin nk mkn nasi lemak..kebetulan kat ctu ader nasi lemak antarabangsa..ble la melepaskan gian (bkn mengidam yerkk). msk metrojaya nk beli hadiah anak pijan, pastu terbeli la plak sandle abg ngan mainan adik huhuhuhu...habis jgk la. time nk byr tu..abg plak nampak kete ambulans..apa lagi, die pn nk jgk la.. aku rs kat umah tu dh tak muat tong nk isi dgn kete2 mainan die..mcm2 ade..kren, lori kontena, bas, kete bomba, kete polis, mcm2 kete la..ni mesti tersampuk hobi my hubby niii..ermmm..agaknya bsr nati dani ni nak jadi apa yer..pelumba kete ker??...kuang..kuang...kuang


abg dgn kete bombanya..ready nk bwk pi skolah.

ni la kete bomba abg yang bunyi ni no ni no ni no...

adik dpt mainan ni..ntah la nama apa, drum kottt


abg dpt sandle baru...best

Monday, June 7, 2010

Kenapa kita melahirkan anak?

Keindahan sebuah perkahwinan sering digambarkan oleh setiap pasangan yang bakal berumah tangga. Ia bukan sahaja menggambarkan keseronokan menjadi isteri atau suami, perkahwinan itu juga sebagai mengerat kasih saya mereka selama ini.

Di samping itu, pasangan juga inginkan anak yang ramai sebagai penyambung zuriat. Adakah anda tahu tujuan sebenar melahirkan zuriat.

Antara tujuan mengapa kita wajar melahirkan zuriat:

1.Amanah – anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan.
2.Tanggungjawab – anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.
3.Penawar – anak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.
4.Keseronokan – kehadiran bayi dalam sebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.
5.Keturunan – anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.
6.Bukti kesuburan suami isteri – kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul.
7.Penyambung – anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini.
8.Pembantu – anak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.

30 cara latih si kecil

info ni aku ambil dlm ruangan kanak2 majalah pa&ma. kadang2 kita tidak terfikir sesuatu perkara @ perbuatan itu boleh mendorong merangsang minda mereka..so disini terdapat berbagai teknik/idea rangsangan untuk melatih anak2 comel kita menjadi lebih kreatif & bijak lg..


Ingin tahu bagaimana melatih si kecil dengan cara yang mudah melalui 30 idea yang merangkumi kraf, muzik dan lukisan. Mudah untuk anda, mudah untuk si kecil! Pasti anda dan si kecil ‘sibuk’ sepanjang hari.

1.Kemas baju
Ambil pakaian yang hendak dibasuh dan sebutkan warnanya. Kemudian biarkan dia memasukkan pakaian itu ke dalam bakul pakaian untuk dibasuh. .

2. Mewarna
Beri si kecil air, kertas lukisan dan berus. Dan biarkan dia ‘cat’ mengikut kreativitinya.

3. Main pasir
Letak sedikit pasir dalam bekas dan masukkan mainan kecil yang disembunyikan di dalamnya. Berikan penyeduk pasir kecil untuk dia mulakan pencarian ‘harta karun’ itu.

4. Permainan adunan.
Ambil tepung dan air. Biarkan si kecil anda menggaul adunan itu dengan senduk kayu. Buatkan adunan itu menjadi bebola kecil. Pengalaman yang menakjubkannya!

5. Pilih dan cari
Guna gula-gula yang berwarna-warni dan letakkan dalam mangkuk. Si kecil akan mengasingkan gula-gula mengikut warna dalam bekas yang berlainan.

6. Laman web
Cari laman web yang mempunyai karakter yang menjadi kegemaran si kecil. Pastikan laman web itu berwarna-warni dan mempunyai melodi.

7. Bersihkan
Biarkan dia membasuh set pinggan plastiknya. Berikan span dan bekas yang dipenuhi buih sabun untuk dia membasuh. Dia akan merasa dirinya dihargai.

8. Anak patung kecil
Keluarkan anak patung mainan lamanya. Sudah lama dia tidak bermain dengan mainan itu dan sudah pasti diakan menyukai mainan lamanya itu.

9. Menari dan membaca
Dapatkan buku yang mempunyai CD. Setelah si kecil seronok melihat gambar yang berwarna-warni dalam buku, dia akan menari mengikut rentak muzik dalam CD itu.

10. Teka barang mainan
Bungkus beberapa barang mainan kesukaannya. Biarkan dia membukanya untuk meneka mainan itu. Jangan guna terlalu banyak pelekat. Biarkan dia membuka dengan mudah pembalut itu.

11. Album gambar
Guna buku nota dan beberapa gambar anda, suami dan keluarga. Bantu anak anda untuk menampal gambar itu dan sementara itu tanya, adakah dia mengenali orang dalam gambar itu.

12. Main buih
Tiup buih sabun. Anda boleh membuat buih sabun ketika si kecil mandi dengan sampu dan mandian badannya.

13. Ikut saya
Biarkan si kecil anda mengikut anda- melompat, menari, berjalan dengan pantas dan duduk. Kemudian anda pula mengikut pergerakannya.

14. Permainan muzik
Mainkan muzik, kemudian beritahu dia perlu duduk dengan cepat apabila muzik berhenti. Pasti si kecil suka!

15. Buat peti surat
Guna bekas bijirin lama dan cat warna merah untuk buat peti surat. Potong kertas untuk membuat sampul surat dan setem untuk dia poskan ke dalam peti surat buatan itu. Dia akan berasa bangga apabila diberi tanggungjawab

19. Rakam aksinya
Rakam aksinya. Kemudian tunjukkan kepadanya aksi-aksinya yang mencuit hati. Pasti dia akan gembira melihat rakaman aksi spontannya.

20. Ke taman permainan
Bawa bola dan anak patung bersama. Anda dan si kecil pasti seronok bermain bersama dengan udara pagi yang segar.

21. Kentang bercorak
Potong kentang beberapa keling dan bentuk beberapa saiz dan corak pada kentang. Biarkan si kecil menyapu pewarna air dan menampalkan di atas kertas lukisan. Lihat dia berjaya melakukannya!

22. Buat kolaj
Kanak-kanak suka menampal. Gunakan kertas warna-warni, kapas dan kain untuk ditampal.

23. Kuih tat
Si kecil pasti suka membuat gulungan pastri apabila membuat kuih tat.

24. Permainan pasta
Berikan dia pasta, contohnya spageti yang kering, mangkuk dan bekas minum plastik. Biarkan dia asyik bermain dengannya!

25. Minum petang
Sediakan kain dan buatkan makanan untuk si kecil minum petang. ‘Jemput’ sekali anak patung kesayangannya ‘minum’ bersama-sama.

26. Alam semula jadi
Biarkan dia keluar di sekitar rumah. Berikan bakul untuk dia kumpul daun dan bunga.

27. Lampu isyarat
Anda adalah polis dan si kecil adalah kereta. Apabila anda berkata, ‘merah’, dia akan berhenti. Dan apabila ‘hijau’, dia akan bergerak.

28. Cerita lucu
Ceritakan suatu kisah lucu. Dan anda ketawa. Pasti si kecil akan turut ketawa sama.

29. Khemah
Susun kerusi dan letakkan kain di atas kerusi itu seakan khemah. Biarkan dia berimaginasi seketika.

30. ‘Kilang’ ais krim
Letakkan satu skop ais krim warna krim dalam mangkuk. Kemudian biarkan dia pilih ais krim berwarna untuk diletakkan pada bahagian atasnya sebagai hiasan.

Cuti-cuti at DZ Nature Resort











Cuti keamatan lps aku & family pegi bercuti kat DZ nature resort. kwsn ni terletak area kimanis. ermm..best sgt sbb dapat relaks, mandi air terjun. tempat die pn cantik, mmg sesuai sgt la kalo sapa2 nk pegi merehatkan badan kat cni..layannnnnn

Saturday, June 5, 2010

Panduan Menyusu 2

Keadaan yang akan terjadi kepada anda(ibu), bayi anda dan susu anda pada minggu-minggu terawal selepas kelahiran.

Keadaan ibu dan susu

Kelahiran - Susu anda berwarna kuning atau keemasan. Jumlahnya mungkin sedikit tetapi mencukupi buat bayi anda untuk memberikan perlindungan terhadap penyakit. Anda akan berasa letih tetapi seronok atas kehadiran ‘orang baru’. Masa yang sangat sesuai untuk memulakan penyusuan.

•12-24 jam selepas kelahiran - Bayi anda akan minum lebih kurang 1 sudu kecil susu anda setiap kali menyusu. Jumlahnya mencukupi untuk keperluan bayi anda. Pastikan rehat mencukupi dan eratkan hubungan anda dan bayi. Payudara mungkin terasa lembut sedikit. Jika proses penyusuan menyakitkan, dapatkan bantuan daripada individu yang pernah membantu ibu-ibu menyusu. Penyusuan bayi tidak sepatutnya menyakitkan.

Minggu 4-6 selepas kelahiran – Penyusuan lebih sekejap dan jarak masanya lebih jauh. Bayi yang menyusu badan akan kerap menyusu kerana merasa selesa dan selamat apabila dia rapat dengan anda. Bayi anda akan semakin mahir menyusu dan perutnya telah membesar untuk menampung susu yang diminum.

•Hari ke 2-5 selepas kelahiran – Susu matang anda akan terbentuk. Warnanya seakan putih kebiru-biruan dan mungkin akan kelihatan kuning keemasan sedikit selama 2 minggu. Payudara anda akan terasa penuh dan mungkin keluar meleleh. Anda boleh menggunakan pad pakai buang atau yang boleh dibasuh di dalam baju dalam anda untuk menyerap lelehan susu. Jika payudara bengkak dan keras, keluarkan sedikit susu sebelum menyusu bayi anda. Dalam tempoh senggang masa penyusuan, gunakan ais untuk mengurangkan bengkak yang biasanya hilang dalam 1-2 hari. Penyusuan bayi akan membantu menghilangkan bengkak.

•Minggu 4-6 selepas kelahiran - Susu anda akan beransur-ansur kelihatan putih kebiruan pada permulaan penyusuan dan krim putih menjelang akhir penyusuan. Warnanya mungkin akan berubah sedikit dari hari ke hari bergantung pada apa yang anda makan, tetapi ia tidak akan memudaratkan bayi. Badan anda sudah teradaptasi dengan proses penyusuan. Payudara menjadi semakin lembut dan lelehan susu akan berkurangan. Jangan risau kerana anda masih mempunyai susu.

Keadaan bayi

•Kelahiran – Bayi anda kebiasaannya dalam keadaan sedar dan peka dalam 1 jam pertama selepas kelahiran. Merupakan masa yang terbaik bagi bayi untuk mula menyusu.

•12-24 jam selepas kelahiran – Apabila bayi anda sedar dari tidur, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk menghisap dan menyusu. Sesetengah bayi mungkin akan tidur dalam jangka masa yang panjang. Keadaan ini normal kerana proses bersalin memberikan tekanan kepada bayi dan meletihkannya. Bayi anda mungkin terlalu mengantuk untuk menyusu dengan baik di peringkat ini. Penyusuan mungkin singkat dan masanya tidak menentu. Namun begitu, bayi akan menyukai rasa susu anda. Bayi anda mungkin akan menyusu, terlelap, menyusu lagi dan kemudian tertidur. Pastikan bayi anda tidak menerima air atau susu formula kecuali diperlukan untuk keperluan perubatan.

•Hari ke 2-5 selepas kelahiran – Bayi anda akan menyusu dengan kerap dalam julat 8-12 kali setiap 24 jam. Penyusuan yang kerap adalah normal kerana perut bayi anda yang kecil. Kebiasaannya, bayi yang menyusu tiada jadual yang tetap dan mengikut keperluannya. Penyusuan setiap 1-2 jam sekali adalah normal. Tempoh masa penyusuan sebelah payudara adalah 15-20 minit bergantung kepada bayi anda. Bayi anda munkin akan menyusu di payudara secara bergilir atau mungkin hanya menyukai sebelah sahaja. Selepas kelahiran, adalah normal untuk berat bayi menyusut sedikit. Berat bayi anda akan bertambah selepas 10-14 hari umurnya.

•Minggu 4-6 selepas kelahiran – Penyusuan lebih sekejap dan jarak masanya lebih jauh. Bayi yang menyusu badan akan kerap menyusu kerana merasa selesa dan selamat apabila dia rapat dengan anda. Bayi anda akan semakin mahir menyusu dan perutnya telah membesar untuk menampung susu yang diminum.

Panduan Menyusu 1

BAGAIMANA SUSU DIHASILKAN

Buah dada ibu yang mengandung akan membentuk alveoli iaitu kelenjar yang menghasilkan susu. Alveoli berbentuk seperti daun-daun yang bergantung kepada struktur bercabang-cabang. Susu yang terhasil dalam alveoli akan melalui cabang-cabang ke sinus yang berada di sebalik puting.




Apabila bayi menghisap susu, tekanan akan dikenakan pada bahagian areola di mana sinus-sinus berada. Isyarat akan dihantar ke otak untuk merembeskan dua hormon:

•Oksitosin – menyebabkan susu keluar (refleks “let down”)
•Prolaktin – menstimulasi buah dada untuk menghasilkan lebih banyak susu

Jarang sekali timbulnya kes wanita tidak boleh menyusukan bayi. Wanita yang pernah mengalami pembedahan buah dada didapati boleh menyusu. Puting yang rata atau masuk ke dalam tidak akan menjadi masalah sekiranya diatasi dengan lebih awal.

Kolostrum

Kolostrum ialah cecair berwarna kuning yang terhasil pada 10 hari terawal selepas kelahiran. Walaupun kuantitinya sedikit berbanding dengan penghasilan susu biasa, ia sangat kaya dengan protein dan antibodi yang mencukupi untuk keperluan awal bayi.

Menyusu seawal mungkin

Menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin memberikan beberapa faedah:

•Masalah ‘bengkak susu’ atau buah dada membengkak di awal tempoh bersalin dapat dikurangkan atau dielakkan.
•Pemberian kolostrum yang mempunyai kesan ‘laxative’ akan menyingkirkan bilirubin melalui najis bayi. Ini akan mengurangkan risiko penyakit kuning atau ‘jaundice’.
•Reflek penghisapan oleh bayi yang kebiasaannya kuat selepas 20-30 minit kelahiran akan melatih bayi untuk menghisap susu dengan lebih baik.
•Bayi akan membina sistem imunisasi di peringkat awal.
•Membentuk hubungan yang erat antara ibu dan bayi.


Menyusu sekerap mungkin

Penyusuan bayi anda tidak tertakluk kepada masa atau pun jadual. Cara yang paling baik untuk menyusu bayi anda ialah dengan mengikut KEPERLUAN. Apabila bayi anda menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu seperti menyuakan mulutnya ke dada anda atau menangis, anda tahu bahawa di situ ada KEPERLUAN untuk menyusu.

Saiz perut bayi yang baru lahir tidak melebihi sebiji telur ayam. Jadi, walaupun anda mempunyai bekalan susu yang banyak, jangan mengharapkan bayi untuk minum susu dalam kuantiti yang banyak dan kemudian tidur dalam jangka masa yang panjang. Berikan susu dada anda apabila bayi menangis atau menunjukkan respon hendak menghisap. Jangka masa yang sesuai ialah dalam julat 30 minit sehingga 2 jam sekali.

TIPS: Jangan tunggu sehingga bayi menangis untuk menyusukannya. Bayi yang menangis ialah bayi yang sedang “marah” dan dia mungkin terburu-buru untuk menyusu kerana terlalu lapar. Jika bayi anda dalam keadaan yang tenang, guna jari anda untuk menyentuh pipinya. Jika bayi anda membuka mulutnya untuk mendapatkan jari anda, sahlah dia lapar!

Kapasiti perut bayi baru lahir = 20 ml = 4 sudu kecil

Kapasiti perut bayi 12 bulan = 200 ml = 40 sudu kecil

Harga Seorang Anak

Seringkali kita terfikir untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita, tp pernahkan kita terfikir tentang perbelanjaan anak kita bermula dari ia dilahirkan sehingga mereka menamatkan pembelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi? Disini saya ingin berkongsi sedikit info yang telah saya baca dr internet.

Dalam kegembiraan kita menimang cahaya mata, banyak perkara yang perlu difikirkan tentang kos perbelanjaan anak. Selain susu, makanan, lampin pakai buang, pakaian, nurseri, tadika dan perbelanjaan asas anak anda, anda juga mungkin perlu pindah ke rumah yang lebih besar dan mencari kawasan yang mempunyai sekolah yang baik. Sebagai ibu dan isteri, anda juga mungkin terpaksa menjadi suri rumah untuk menjaga keperluan anak anda.

Bagaimana pula dengan kos pendidikan anak? Saya pasti, setiap ibu bapa menaruh harapan tinggi supaya anak-anak ke universiti untuk menjadi individu yang berilmu. Walau bagaimanapun, kos ke universiti semakin lama, semakin tinggi. Zaman saya mengambil Sarjana Muda dulu di salah satu IPTA di Malaysia memakan kos RM 21,000. Itu pun, dengan pinjaman penuh daripada PTPTN. Menurut saudara-mara yang mempunyai anak di universiti sekarang, pinjaman PTPTN payah untuk diperolehi secara penuh dan hanya merangkumi bayaran yuran dan asrama sahaja. Kos sara hidup adalah daripada biasiswa “FAMA” (gabungan father mother) sepenuhnya.

Pakar perancang kewangan Malaysia, YKConsultancy, membuat anggaran kos yang diperlukan untuk belajar di universiti menjelang 2014 di Malaysia dan juga beberapa negara terkemuka:

•Malaysia – RM 159,000
•Australia – RM 615,000
•Amerika Syarikat – RM 858,310
•United Kingdom – RM 973,000

Sejauh mana ketepatan anggaran di atas, saya tidak dapat pastikan. Yang pastinya, kos sara hidup semakin meningkat dan tidak pernah turun. Sebagai ibu bapa, pastikan keadaan kewangan anda stabil sebaik sahaja anda merancang untuk mendapat anak, demi menjamin kebajikan dan masa depan mereka. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

•Pastikan anda merancang kewangan anda dengan baik dan dapatkan nasihat daripada yang pakar.
•Pastikan anak-anak anda diajar dengan tabiat berjimat-cermat dan menabung.
•Ambil insuran pendidikan untuk anak-anak.
•Bagi suri rumah, ambil inisiatif untuk mencari pendapatan sampingan melalui kepakaran yang ada (ex: menjahit).

Melompat – Bantu Bina Tulang

saya ingin berkongsi sedikit tentang pembesaran anak-anak. semoga dapat dijadikan panduan untuk kita bersama.

Pernahkah anda terfikir bahawa MELOMPAT merupakan salah satu komponen penting untuk membina tulang yang kuat bagi anak anda? Penyelidikan yang telah dijalankan di Oregan State University melibatkan kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun telah membuktikan bahawa melompat membantu dalam pembentukan tulang yang kuat. Dalam penyelidikan tersebut, kanak-kanak disuruh melompat dari ketinggian 2 kaki ke bawah sebanyak 200-300 kali seminggu selama 7 bulan. Hasilnya, kanak-kanak ini menunjukkan peningkatan ketumpatan tulang paha sebanyak 3-8%. Tunggu apa lagi? Galakkan anak-anak anda keluar dan lakukan sebarang aktiviti yang melibatkan lompatan!

Manfaat Menjarakkan Kelahiran

Anda mahukan jarak umur anak-anak anda rapat? Fikirkan sekali lagi kerana jika anda mengandung selepas selang masa yang tidak sampai beberapa bulan anda bersalin, boleh membahayakan anda dan bayi dalam kandungan. Kajian terbaru dalam “American Journal of Obstetrics and Gynaecology” mendapati, wanita yang mengandung semula selepas 6 bulan bersalin akan terdedah terhadap risiko melahirkan bayi pra-matang sebanyak 41%. Risiko tersebut akan menurun kepada 14% jika anda tunggu selama 12 bulan sebelum mengandung, dan turun hampir kepada 1% selepas 12-18 bulan. Kandungan yang rapat selepas bersalin berkemungkinan membahayakan anda kerana badan anda masih lagi dalam proses pemulihan dan perlu menggantikan nutrisi yang hilang semasa kandungan yang sebelumnya dan semasa menyusu bayi.

Dalam Islam, anda digalakkan menyusukan bayi selama 2 tahun untuk pembentukan otak dan sistem imunisasi yang baik buat anak anda. Di sebalik kebaikan yang berterusan untuk bayi anda, menyusu juga boleh membantu anda menjarakkan kelahiran kerana ia melambatkan kitaran haid selepas bersalin. Jarak kelahiran yang jauh membolehkan anda memberikan tumpuan dan penyusuan sempurna kepada anak anda. Jika anda mengandung semasa anak anda masih dalam tempoh penyusuan, anda mungkin terpaksa berhenti menyusu kerana akan menjejaskan pertumbuhan bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi yang baik yang diperolehi dari ibunya.

Kesimpulannya, menjarakkan kelahiran adalah untuk kebaikan anda, anak anda dan bakal bayi yang dilahirkan. Kesihatan semua pihak akan terjejas dengan kelahiran yang rapat.

Friday, June 4, 2010

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

•Berat bayi : 2.5 – 3 kg
•Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
•Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
•Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
•Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
•Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
•Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
•Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

•Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
•Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
•Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
•Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
•Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Piramid Makanan


Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

•HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
•Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi


Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Ibu Ada Hepatitis B Mahu Susukan Anak

saya terbaca satu info berkenaan permasalahan wanita dari satu blog. saya tertarik untuk berkongsi dengan kwn2 di luar sana.

SOALAN:
Saya ingin bertanya mengenai masalah penyusuan bayi bagi ibu yang menghidap penyakit hepatitis B. Saya menghidap penyakit ini semasa hamil anak keenam dan saya tidak menyusukan anak saya itu.

Kini saya hamil anak ketujuh dan sangat teringin untuk menyusukan anak saya yang bakal lahir pada Jun ini, apatah lagi susu saya memang banyak ditambah dengan khasiat dan kebaikan susu ibu.

Tetapi saya risau juga jika anak saya pula akan dijangkiti hepatitis B. Apakah saranan doktor?


JAWAPAN:

Risiko anda menjangkiti bayi dengan virus hepatitis B adalah lebih tinggi melalui bendalir tubuh iaitu darah atau lelehan sewaktu kehamilan dan bersalin berbanding melalui susu badan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyarankan penyusuan badan bagi ibu seperti anda. Bagaimanapun, eloklah anda mengambil langkah penjagaan terhadap kawasan areolar atau puting payudara daripada merekah atau luka kerana cecair luka atau darah ini lebih berpotensi menjangkitkan virus hepatitis B. Selain itu, bayi anda dan setiap bayi lain di Malaysia diberikan suntikan vaksinasi hepatitis B lazimnya dalam tempoh sehari dia dilahirkan. Suntikan ini juga dapat memberi perlindungan terhadap jangkitan virus terbabit kelak.

Anda tidak menyatakan lebih lanjut status penyakit hepatitis B anda sama ada positif terhadap hepatitis "e" antigen (HBeAg) kerana ini meningkatkan risiko jangkitan sewaktu tempoh sekitar kelahiran.

Bagaimanapun, anda masih digalakkan meneruskan penyusuan badan. Anda juga disarankan menjalani susulan bukan saja pemeriksaan antenatal tetapi juga dengan doktor bahagian perubatan dalaman.

Dinner at 10 AM CAFE








Semalam aku dgn family kluar dinner sambil berbuka puasa di 10 AM CAFE depan 1 Borneo. dh lama aku rs nk mkn mknan western tp dkt area kk ni tak tau kat mn yg sedap..bukan takde cuma byk kedai yang meragukan (non halal). kedai ni disuggest oleh member ku k.faridah, katanya kdai ni best sbb husband die pn suka mkn kt cni..apalagi aku pn try la ms lunch 2 bln lps.. aku btl2 kagum dgn tokey kdai ni..tokey kdai ni seorang indian berasal dr selangor..aku & husband paling suka time die great custumor..mmg friendly giler. kalo sape2mkn kt cni pn aku rasa ble tertarik utk dtg kali ke2 krna layanan yang begitu 1st class.

so smlm aku berbual panjang dgn tokey kdai ni..rupanya dl die seorg guru bhs enggeris..die buka kedai ni pn atas nasihat dr suami die yg berkerja dgn hotel hyatt regency di kk (bhgn food & baverage). so smua resepi mskan western adalah dr suaminya, mskan indian die sndri yg buat..then kek2 yg ader kt kdai ni plak dr kawan die mat salleh yg dh menetap kat cni..yg bestnya psl kek die ni.. kek yg tak dicampur dgn tepung sikit pn, mmg sedap sgt. dan smua mknan kat kdai ni free alkohol (halal). so sesape yg teringin nk mkn mskan western yg best datang la kekedai ni yerr..tlg promote ni.hehehhe. kitaorg siap dpt diskaun card lg. suka sgt

Thursday, June 3, 2010

salah satu masalah ku...

skrg aku tgh ganti puasa..al-mklumla puasa yg thn 2008 blum berganti lg..for ur information puasa thn lps i tggl 1 hari jer tau..ms tu tgh pregnant kt aleena 9 bln. alhamdullilah.. allah memberi kekuatan kpdku dn anakku..nk tau rahsianya..mkn la buah kurma sebanyak yg boleh, setiap hari..disamping tu jgk aku byk mkn buah tin & kismis. mmg tak lpr langsung. aku dh cb shari tak mkn buah2 tu..akibatnya badan akan rasa letih, lesu sgt. ajaibkan buah2 tu..itula kekuasaan Allah.

Berbalik kepada citer aku yg sbnrnya..bila hari yg aku ganti puasa, aku dh tk pump susu coz aku takut bila balik keje nati aku kehabisan susu. so aku tlh mencari sedikit info dh bertanya kepada seorng kenalan blogger ku ttg permasalahan ni..nama die hayatie..ini la msg yg di reply olehnya.

slm farrah..konsep susu adalah bergantung kepada demand & Supply lagi banyak demand (mengosongkan breast samada ada dgn menyusu kerap atau memerah) lagi banyak lah susu yang akan dihasil. Jika kita tidak mahu mengepam semasa diofis kerana bimbang anak tidak akan cukup susu semasa kita pulang nanti, itulah yang sebenarnya (lambat laun) menyumbang ke arah kemerosotan susu (berbalik kepada konsep Demand& supply tadi) kerana ketiadaan demand (sewaktu tidak bersama bayi-di ofis)

Tidak kira semasa kita puasa atau tidak, anak tidak mahu botol, rutin pemerahan harus seperti biasa semasa di ofis. Harus sekurang-kurangnya 3x sewaktu diofis. ;)

[ barulah skrg aku phm konsep susu ni mcm mn]

semangat yang membara


ermmm..ni nk citer psl perahan susu aku yg smlm..mggu2 sblm ni aku hanya pump skali jer shari..start smlm aku dapat pump balik 2 kali shari..alhamdulillah dapat 9 oz..syukur sgt. sebenarnya aku dh lama takde stok susu beku untuk aleena ni..biasanya aku pump ari ni then bekalkan utk esok jer..kalo sblm ni tak muat peti ais, tak ckp btl susu..tgk betapa byknya susu perahan aku..tp ntah mn silapnya, susu aku dh semakin merundum..dlm pd tu aku bersyukur kerana masih lagi dapat memberi susu bdn kpd bb ku yg comel slama 8 bln. setidaknya aku boleh berbangga dgn diriku sndri..kalo anak yg 1st..aku hanya dapat menyusukannya slama 2 bln stgh shja..pd ms tu aku mmg berniat dr awal lg nk bg fullbf tp maybe disebabkan kekurangan ilmu ttg susuibu aku terlepas peluang tu..alangkah sedihnya aku pd ms tu..aku menitiskan air mata disebabkan anak aku menolak susu aku dan lebih menyukai susu formula yakni menggunakan puting botol..

tapi..bila aku disahkan mengandung anak yang ke2, aku mmg berniat dr awal untuk mberi susu ibu spnhnya kpd anakku nanti..(wlaupn tk spnhnya, tp aku berpuas hati dgn pencapaian ku skrg), setiap kali sembahyang aku tak lupa utk panjatkan doa pd tuhan agar aku dikurniakan susu yg byk, tabahkan hati, kuatkan semangat dan mendapat bb yang suka utk mnyusu dgn susuibu. alhamdulillah smua doa aku dimakbulkan Allah..aku bersyukur. Dalam masa yg sama, anakku tidak lagi menyukai puting botol, aku kadang2 terfikir sndrian..adakah kerana doaku yg terlalu inginkan anak ku menyusu melalui susu aku shja menyebabkan perkara ini terjadi (aku tersenyum sorang2 hehhehe...) tp tak mungkin, smua yg terjadi ada hikmah disebaliknya..sampai skrg anakku telah berumur 8 bulan, aleena masih lagi tidak menyukai puting botol. so terpaksa la pengasuhnya memberi susu dengan menggunakan syringe ubat.. agak leceh tp kesusahan itu disahut sebaiknya oleh pengasuh aleena..syukur tk terhingga.

walau apa pn yg terjadi, aku tetap inginkan aleena menyusu dgnku sehingga umurnya mencapai 2 thn. aku akan berusaha dan mencuba sedaya yg mampu untuk merealisasikan impian ku ini. insyallah untuk bb yang ke3 nanti, aku akan memberi sepenuhnya susuibu. so dr skrg aku mesti melengkapkan diriku dgn sebanyak mungkin ilmu berkenaan dgn susuibu.

Wednesday, June 2, 2010

My First Blog


Alhamdulillah..aku dh berjaya membina blog ku sndri..zaman serba canggih ni smua org ader blog sndri..tu yg aku pn excited nk ader blog jgk..hehhehe..ble la aku meluahkan apa2 yg aku rasa disini..ermm..aku tgh berfikir-fikir ni..apa yg aku nk tepek kat blog aku ni, supaya nmpak lbh menarik lg..perlu ker ader tema? takyah kott..tulis jer apa yg aku nk tepek kt cnii..nama lg warna warni khdpn kan..kan..kan..hahahha aku dh mula merepek sorang2..arapnya aku dapat berkongsi citer2 @ informasi dgn member2 lain...