Pages

Saturday, June 5, 2010

Harga Seorang Anak

Seringkali kita terfikir untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita, tp pernahkan kita terfikir tentang perbelanjaan anak kita bermula dari ia dilahirkan sehingga mereka menamatkan pembelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi? Disini saya ingin berkongsi sedikit info yang telah saya baca dr internet.

Dalam kegembiraan kita menimang cahaya mata, banyak perkara yang perlu difikirkan tentang kos perbelanjaan anak. Selain susu, makanan, lampin pakai buang, pakaian, nurseri, tadika dan perbelanjaan asas anak anda, anda juga mungkin perlu pindah ke rumah yang lebih besar dan mencari kawasan yang mempunyai sekolah yang baik. Sebagai ibu dan isteri, anda juga mungkin terpaksa menjadi suri rumah untuk menjaga keperluan anak anda.

Bagaimana pula dengan kos pendidikan anak? Saya pasti, setiap ibu bapa menaruh harapan tinggi supaya anak-anak ke universiti untuk menjadi individu yang berilmu. Walau bagaimanapun, kos ke universiti semakin lama, semakin tinggi. Zaman saya mengambil Sarjana Muda dulu di salah satu IPTA di Malaysia memakan kos RM 21,000. Itu pun, dengan pinjaman penuh daripada PTPTN. Menurut saudara-mara yang mempunyai anak di universiti sekarang, pinjaman PTPTN payah untuk diperolehi secara penuh dan hanya merangkumi bayaran yuran dan asrama sahaja. Kos sara hidup adalah daripada biasiswa “FAMA” (gabungan father mother) sepenuhnya.

Pakar perancang kewangan Malaysia, YKConsultancy, membuat anggaran kos yang diperlukan untuk belajar di universiti menjelang 2014 di Malaysia dan juga beberapa negara terkemuka:

•Malaysia – RM 159,000
•Australia – RM 615,000
•Amerika Syarikat – RM 858,310
•United Kingdom – RM 973,000

Sejauh mana ketepatan anggaran di atas, saya tidak dapat pastikan. Yang pastinya, kos sara hidup semakin meningkat dan tidak pernah turun. Sebagai ibu bapa, pastikan keadaan kewangan anda stabil sebaik sahaja anda merancang untuk mendapat anak, demi menjamin kebajikan dan masa depan mereka. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

•Pastikan anda merancang kewangan anda dengan baik dan dapatkan nasihat daripada yang pakar.
•Pastikan anak-anak anda diajar dengan tabiat berjimat-cermat dan menabung.
•Ambil insuran pendidikan untuk anak-anak.
•Bagi suri rumah, ambil inisiatif untuk mencari pendapatan sampingan melalui kepakaran yang ada (ex: menjahit).

No comments:

Post a Comment